­

Top Social

DELIVERY JOHOR BAHRU ~ SINGAPORE | T&C

ROTI SARANG LEBAH BERSOS BUTTERSCOTCH by Cik Puan Inash

Thursday, 3 March 2016
Assalammualaikum w.b.t


Nak share buat Roti Sarang Lebah 2 hari lepas. Ambil resepi ni dari orang share. Okay juga cuma kurang lembut Inash buat. Tapi.... Tips untuk melembut ROTI kan ada. Jom tengok TIPS melembutkan ROTI. Sambil nanti Inash share RESEPI ROTI SARANG LEBAH ni.

Tips ni Inash search dari Belog
Credit to Ceqgu

TEPUNG - High Protein Flour
Tepung Roti (TR) berbeza dengan Tepung Kek (TK). Didalam kandungan TR terdapat bahan2 pelembut yang dikawal oleh KPDN & HEP, dimana pelembut ini akan membuatkan roti menjadi gebu dan lembut. Tetapi bahan tersebut kurang berkesan kerana pengguna perlu membuat penambahan bahan pelembut(Bread Improver) agar roti yang dibuat menjadi lebih berkualiti lagi.

Di dalam pasaran sekarang terdapat beberapa jenis Cap TR yang digunakan dalam industri Bakeri.

Antaranya:-

Cap Bangau- Cap Timbang* Biasa digunakan oleh kedai Bakeri (Harga pasaran RM 64/25kg)-

Cap Diamond- Cap Gunung Mas* Biasa digunakan dalam sektor perhotelan (Harga pasaran RM 66/25 kg)

Cap Kuda (Untuk pasaran Sabah, Labuan & Serawak)

*Nota : kalau buat roti guna tepung selain dari yg terdapat diatas, roti akan menjadi keras.

GULA
Gunakan gula halus atau PX sugar, kalau rajin "Blender" gula tu agar semasa membuat adunan, gula akan hancur. Jika gula tidak hancur, dough roti akan jadi mengerutu dan apabila dibakar roti akan jadi keras.

YIS (Ibu roti)
Kebanyakan industri pengeluaran roti menggunakan Yis kering kerana senang dikawal proses pengembangan dough. Kalau guna Yis basah kena timbang 2 kali ganda berat dari Yis kering.Kalau belajar di Bakeri Ria Academy, Yis keluaran syarikat Mauri akan digunakan

BREAD IMPROVER
Digunakan untuk melembutkan dan meringankan roti.

Nama lain bagi Bread Improver adalah:
1. Bread Softner
2. Softner
3. Modular Softner
4. Magi Pro
5. S 5006. Voltex (cecair)

Untuk makluman semua, pihak pembekal akan menjual Bread Improver dengan nama yang berlainan. Jadi pengguna boleh memilih senarai nama di atas, semasa membeli Bread Improver.
* Selain penggunaan bread improver di atas,boleh juga guna Water Roux. Boleh buat sendiri jer. Sangat senang,just guna tepung gandum dan air sahaja. 

MARGERINE/BUTTER/SHORTENING
Penggunaan bahan tersebuat adalah untuk menambat ikatan struktur dalaman dough, agar menjadi roti yang berkualiti apabila dibakar. Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan disini, mengenai roti jika menggunakan bahan2 tersebut:*

Margerine - kebanyakan pengusaha bakeri menggunakan margerine apabila membuat Bun dan menggunakan Shourtening untuk membuat Sandwich Bread. Jika menggunakan Margerine, pengguna tidak perlu menyapu telur pada dough sebelum dibakar, selepas dbakar, dimana Bun masih panas, sapukan Butter atau Appricot glaze, untuk mengilatkan Bun sebelum di pamerkan.


* Butter - Pastinya sedap dimakan Bun apabila resepinya menggunakan Butter, tetapi para pengusaha bakeri tidak menggunakan Butter kerana kos nya yang mahal. Anda boleh menggunakan Butter jika hasilan bakeri untuk kegunaan sendiri atau keluarga.

* Shortening - Lemak Sayuran. Kebanyakan pengusaha bakeri menggunakannya apabila membuat roti besar seperti Potatoes Braed, Garlic Bread, Sandwich Bread atau Whole Meal Bread. Sebelum dibakar, hendaklah dough roti tersebut disapukan Telur agar hasilan nya tidak kelihatan pucat.

GUNAKAN TIPS INI
Tips yang ke-6 ni amat berguna bagi yang menguli tangan, setelah adunan menjadi doh, lumurkan sedikit doh dengan sedikit sahaja marjerin, dan masukkan di dalam plastik bersih, ramas-ramaskan doh beberapa minit, masa ni boleh duduk depan tv sambil ramas-ramas doh tu, ramas dan picit-picitkan doh tu selama mane yang anda suke, tapi ros buat lebih kurang 5-10 minit je, lepas tu keluarkan dari plastic dah uli balik di dalam bekas adunan. Hasilnya doh akan elastik dan lembut.

SUSU TEPUNG
Pengguna boleh menggunakan Susu Tepung anak seperti Dutch Lady, Lactogen dll, untuk menghasilkan Bun atau roti yang enak dimakan. Tetapi banyak pengusaha bakeri menggunakan Susu Tepung timbang dimana yang dijual pada harga murah. boleh juga menggunakan UHT Milk (Yg cair-sejuk) yang akan mengahasilkan Bun lebih sedap lagi

TELUR
Kebanyakan pengusaha bakeri menggunakan telur yang kulitnya berwarna putih. Untuk pengetahuan semua, telur jenis ini mengandungi kandungan air yang tinggi. dan dijual pada harga yg murah. Biasanya pengusaha bakeri menggunakan telur gred B, untuk membuat roti atau kek.


ROTI SARANG LEBAH SOS BUTTERSCOTCH

RESEPI by Cik Puan Inash

Bahan-bahan DOH

2 Cawan Tepung Gandum
1/2 Sudu Teh Yis (Dry)
1/4 Sudu Teh Garam
1/2 sudu Teh Baking Powder
1 Sudu Besar Gula Castor
1/4 Cawan Plain Yogurt (Suhu Bilik)
1/4 Cawan Minyak 
1/2 Cawan Air Suam
1/2 Cawan Almond Flakes
1 Sudu  Teh Softener

CARA

Langkah 1
Larutkan Yis dan Gula dalam air suam dan biarkan berbuih.

Langkah 2
Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan Campuran Yis danYogurt ke dalam mangkuk adunan. Kacau dengan sudu supaya adunan tidak melekat  di tangan.

Langkah 3
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit. Terus menguli doh sehingga doh tidak  melekat di tangan dan elastic. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti nanti.

Setelah puas menguli doh tadi, rehatkan dan biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup. Inash letakkan dalam oven yang kosong dan tak ON ya.

Langkah 4
Bila doh dah naik 2x silalah buat TUMBUKAN buk buk buk untuk keluarkan angin.
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi jangan risau, kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je. Taburkan dengan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 

Langkah 5
Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah.
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Bakar selama 10-15min. Sementara tu buat SOS BUTTERSCOTCH pula ya. Apabila Roti dah masak, keluarkan dari oven dan cepat-cepat tuangkan sos butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Doh memang lembik. Tidak perlu tambah tepung.


SOS BUTTERSCOTCH

1/2 Cawan Gula Perang
1/2 Cawan Whipping Cream (susu cair pun boleh)
1/2 Sudu Teh Vanilla Essence
25g Butter
Secubit Garam

CARA

Langkah 1
Cairkan butter dakam periuk kecil. Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.

Langkah 2
 Tuangkan whipping cream perlahan-lahan sambil mengacaunya.

Langkah 3
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

P/s : Sediakan bahan dengan lengkap bagi memudahkan penyediaan sos ini kerana sos ini cepat hangus. Sos panas jadi berhati-hati semasa proses tuang. 

Disebabkan Inash buat tak berapa lembut dengan resepi asal, Inash letak softener dan juga ikut tips marjerin di atas. Cuba TRY ;P

Terima Kasih kerana sudi membaca.

INASH
Post Comment
Post a Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature