­

Top Social

DELIVERY JOHOR BAHRU ~ SINGAPORE | T&C

FAMOUS AMOS CHOCOLATE CHIP COOKIES SEDAP BY INASH

Thursday, 3 March 2016
Assalammualaikum w.b.t

Okay. Nak up sikit lah. Resepi yang Inash nak share ni sedap tau. Korang try cuba boleh buat jual. Ramai puji. Kembang dah sana sini. Hehehe. Rugilah tak cuba. Aummmm. Dah nak raya ni. Nak buat untuk sendiri boleh. Nak buat untuk jual boleh. Cubalah korang. Yeee.

Lebih menarik Inash sertakan step by video. Jangan lupa SUBSCRIBE


DARK CHOCOLATE CHIP COOKIES

Resepi by : Cik Puan Inash

BAHAN-BAHAN

1 1/2 Cawan Gula Perang ( Ikut kemanisan masing-masing )
1 Cawan Mentega ( Inash guna Butter Cup )
1 Cawan Minyak Masak
1 Biji Telur
1 Sb Susu Sejat
4 Cawan Tepung Gandum*
1 Sk Cream of Tatar*
1 Sk Soda Bicarbonat*
2/3 cawan Coco Powder 
 1 Cawan Badam Cincang
2 Cawan Chocolate Chip
1 Cawan Chocolate Rice
1 Sk Esen Vanila
Secubit Garam


CARA-CARA

Langkah 1
Ayak bahan-bahan bertanda * di atas.

Langkah 2
Gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila di masukkan ke dalam 1 mangkuk besar dan pukul hingga sebati guna mixer. Kelajuan Mixer slow dan jangan terlalu lama.

Langkah 3
Masukkan tepung gandum, coco powder, garam soda bikarbonat guna mixer pukul sampai sebati. Chocolate rice, badam cincang dan coklat chip di masukkan last sekali dan gaul dengan sudip sehingga rata.

Langkah 4
Adunan ini memang lembik. Inash biarkan seketika bertutup. Cubit kecil-kecil then gentel-gentel membulat. Siapkan dulang dengan sapuan baki mentega tadi. Letak adunan yang telah digentel secara jarak-jarak. Ambil garfu tekan-tekan. ( Lihat gambar )

Langkah 5
Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 15-18 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven.
Inash guna timer. So, oven padam sendiri. Biarkan dan sejukkan. Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap. SIAPPPPP makan!



Okay. Resepi ini Inash olah dari Resepi Famous Amos Chocolate Chip Cookies ikut cita rasa Inash. 
Cuba TRY!!!

Terima Kasih kerana sudi membaca

INASH



Auto Post Signature

Auto Post  Signature
Post Comment
Post a Comment