Assalammualaikum w.b.t
Husband Inash suka betul dengan Aglio Olio. Kalau setiap kali pergi market untuk belian bahan dapur, mesti beli bahan-bahan seperti Pasta adalah wajib untuk Aglio. Makan bertambah tak pandang belakang. Aakif dan Aish pun suka. Cuma they all tak makan 'VEGE'. Sedih part tu. So, who will finish those veges? Tentulah Inashhh. Untuk kulit cantik hokay. Inash TELAN banyak mana pun okay maintain. Kena try masak Aglio. Senang, Mudah siap dalam masa 15min.
Simple and Tasty
AGLIO E OLIO
Resepi by : Cik Puan Inash
Bahan-bahan :
500 gram spaghetti ( Inash guna separuh packet )
1/4 cawan minyak olive
5 ulas bawang putih - hiris nipis
6 helai cili kering - potong kecil (helai ke?)
Chicken stok ( Inash guna 1/4 pati ayam knorr )
Chopped fresh parsley ( Guna kalau ada )
Coarse black pepper
2 keping Slice Cheese
Hotdog ( Husband suka )
Udang
Brocoli
Capsicum
Sedikit air panas
Garam
Cara-cara :
Sediakan bahan-bahan. Untuk masak dengan lebih pantas.
Kisar cili kering. Sepatotnya cili kering ni akan menjadi kepingan flakes lebih halus. Ntah kenapalah blender Inash ni so jadi tebal. Tapi itu tak menjadi masalah besar. Boleh sahaja guna. Black pepper sama ada tumbuk (fresh kalau tumbuk yang biji) atau beli yang susah siap kisar.
Sediakan chicken stok. Caranya dengan sedikit air panas dan rendamkan 1/4 pati ayam Knorr tadi bersama Slice Cheese. Inash suka larutkan cheese so nanti nampak Aglio lebih smooth berbanding campak begitu sahaja. Kemudian, Rebus Pasta dengan Olive oil dan sedikit garam. Pasta hanya direbus 3/4 masak. Toskan. Biarkan masak seperti gambar di bawah
Panaskan kuali dan tuang olive oil. Dah panas minyak olive, goreng dulu hotdog sehingga masak dan asingkan ke pinggan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dengan api yang perlahan sambil dikacau sehingga kekuningan. Masukkan cili flakes tadi. Kemudian, udang atau seafood dimasukkan.
Biarkan seafood hampir masak dan masukkan pasta ke dalam kuali. Kacau sehingga rata dan masukkan baki chicken stock bersama slice cheese yang larut tadi. Masukkan sekali brocoli dan capsicum. Bila seafood nampak masak okay siap dah terus tutup api. Letak sikit olive oil untuk menampakkan Aglio Olio kita mengkilat dan menyelerakan. Siap dihidang.
Hidanglah secantik dan kemas supaya Husband makin berselera Makin Cinta. Ecehhhh
Yang penting perut husband HAPPY and ENJOY . Jemput cuba.
Terima Kasih kerana sudi membaca.
INASH
Post Comment
Post a Comment