­

Top Social

DELIVERY JOHOR BAHRU ~ SINGAPORE | T&C

ASAM PEDAS IKAN SALMON YUMMEH by Cik Puan Inash

Saturday, 6 February 2016
Assalammualaikum w.b.t

Hari ini Inash nak share Resepi Asam Pedas Ikan Salmon style Inash. Almaklum orang Melaka kan. Hehehe. Nak berasam je setiap minggu. Pedas-pedas gitu. Disebabkan ada Ikan Salmon sahaja dalam Fridge. Inash guna Salmon je lah. Salmon BEST. Tak mahal macam dulu-dulu. Giant ada kan. Inash masak macam biasa tak banyak semua ciput-ciput almaklum anak kecil-kecil lagi. Yang makan nanti Inash dengan shuben je. Tak habis nanti Inash juga yang kena hadap.


ASAM PEDAS IKAN SALMON YUMMEH

Resepi by : Cik Puan Inash


Bahan-bahan

Ikan Salmon (bahagian ekor)
1 biji Tomato
3 biji Bendi (biji ke?)
1 batang Serai, diketuk
3-4 sudu besar makan cili kisar
Sedikit jintan kasar (option)
Sedikit jintan halus (option)
1/2 sudu teh lada hitam (option)
Asam Keping
Sedikit Garam
2 helai Daun Limau
1 cawan air masak

Bahan Kisar

1 biji Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
1/2 inci Kunyit Hidup
1 helai Daun Limau
10 ekor ikan bilis 

** Inash memang tak pakai perasa, Ikan bilis yang Inash kisar sendiri selalunya 
menjadi bumbu di setiap masakan yang Inash masak.

Cara-cara
Sediakan bahan-bahan di atas. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng halba sekejap. Masukkan serai dan goreng sekali dengan halba sehingga naik bau. Selepas itu masukkan bahan kisar tadi tumis sebentar sehingga naik bau. 

Bila dah garing masukkan 3 sudu besar cili kisar. Goreng sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan air dan ikan. Biarkan ia mendidih pecah minyak dan kemudian masukkan asam keping, daun limau, tomato dan bendi. Masak dalam 5-8 minit dan tutup api. Masukkan garam secukupnya. Inash selalu masuk 1/2 sudu kecil. Okay, Siap dihidang.


Option tadi , lada hitam, jintan kasar dan halus hendaklah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk. Masukkan ketika menumis.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca.

INASH

Post Comment
Post a Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature