Top Social

DELIVERY JOHOR BAHRU ~ SINGAPORE | T&C

RESEPI MASAK LADA SEDAP DAN MUDAH CARA EMAK SAYA

Sunday, 10 May 2020
Assalammualaikum wbt.

Sudah lama Inash tak menulis. Masa yang kurang dan juga terlalu hectic dengan bisnes, study dan keluarga. Semoga selepas ini Inash boleh kembali fokus menulis seperti sedia ada. 2 tahun cukup lama berkelana. Kemanakah hala tuju Inash dalam dunia blogging. Okaylah, harini Inash nak share resepi simple sedap dan senang disediakan. Tak perlu renyah sangat pun. Dan tak menggunakan sebarang perasa tambahan selain garam.


Wah, nampak sedapkan merah-merah shining colornya. Dah tak sabar nak sharing Resepinya.
Bila masak lauk ini, teringat masak kecil Inash bersama nenek. Seminggu adalah 3x masak lada.

RESEPI MASAK LADA 

Bahan-bahan

2 ketul ikan merah
Minyak ( agak-agak )
1 sudu bawang putih kisar
2 sudu bawang merah kisar
1 batang Serai di ketuk
1 ibu jari halia ditumbuk
1 ibu jari kunyit hidup ditumbuk
3 Sudu cili kisar
3 sudu serbuk kari ikan
2 biji cili hidup
3 helai daun kari
2 sudu kecil garam
1 cawan air + air lebihan cili kisar

Langkah-langkahnya seperti video di bawah. Just klik link ya. 

RESEPI MASAK LADA


Langkah-langkah

Masukkan sedikit minyak. Agak-agak berapa banyak.  
Selepas minyak panas, masukkan serai yang diketuk. Biarkan masak sedikit baru letak halia dan kunyit hidup yang ditumbuk. Kacau sedikit sehingga naik bau. 

Masukkan 1 sudu bawang putih kisar dan 2 sudu bawang merah kisar. Kacau sehingga aroma naik. Kemudian, masukkan 3 sudu cili kisar dan 3 sudu kari. Kacau sehingga masak dan pecah minyak dan masukkan daun kari. Selepas itu, masukkan lebihan air cili dari blender ke dalam periuk. Tambahkan sedikit air. Masukkan asam keping. Masukkan ikan merah. Masukkan cili hidup dan bendi sekiranya perlu. 
Biarkan mendidih dan masak lebih kurang 10-15min.

SIAP UNTUK DIHIDANG!

Makan dengan ULAM dan SAMBAL BELACAN !!
Makan sampai PENGSAN
Hahahha

RESEPI INI TIDAK MEMERLUKAN BAHAN PERASA SELAIN GARAM
LAUK PUN LEBIH TAHAN LAMA DAN LAMBAT BASI.

SELAMAT MENCUBA!


Terima kasih kerana sudi membaca.

INASH




Post Comment
Post a Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature