Berat juga beg mcm ni. Lain kali bawa luggage. Sakit bahu wei ;p |
Nowaday, nak travel ke mana-mana destinasi luar negara idaman anda yang akan memahat memori2 indah bukan susah pun.. Sebab?
Air Asia..Everyone can fly now..
Iklan sebentar ;p
Tapi now,
Air Asia problem asyik banyak kes.
Naiklah MAS ke okay.
Tapi now,
Air Asia problem asyik banyak kes.
Naiklah MAS ke okay.
Sebenarnya, bila travel ke luar negara tak menakutkan dan tak susah pun. Masalah bahasa dan makanan bukan 1 masalah besar lagi dah. Kita boleh memasak dengan bahan basahan fresh dari pasar tempatan! Mesti syok! Inash nak share Tips buat backpackers atau individu yang baru nak cuba2 travel ke luar negara. Pastinya survivor wei..
1. DUIT / MENTAL / FIZIKAL / CHECK HALANGAN
Mula-mula, siapkan diri mental dan fizikal dan tidak lupa juga sumber kewangan sedikit atau extra. Kira bajet mengikut keperluan tertentu. Dengan mengambil kira bajet yang ada, ke manakah destinasi, berapa hari travel, bajet makan, hotel, Pastikan anda tiada ccris dengan PTPTN. Not everyone can fly! Kena settle down dulu ccris then barulah can go fly2. Kalau tak, banyak juga halangan pancaroba yang korang nak kena tempuh dengan penuh debaran kalau tak check. Sila check.
2. SURVEY TICKET/ DESTINASI / HOTEL DI GOOGLE
Nak travel ke mana? Korang survey tiket di mana? Iols survey ticket di skyscanner.com. Lebih murah dan jimat kerana autocheck tiket paling murah mengikut Airlines. Mostly anda akan beli dari agents Airlines tersebut. Tapi, ada pro n con la. If terlepas flight tiket burn unless u beli dengan Airlines tersebut (kemungkinan dapat beli standby ticket the next flight lebih murah). Booking Hotel di Booking.com. Sebab apa survey hotel dulu? Kerana nanti korang boleh arrange perjalanan percutian korang dari 1 tempat ke 1 tempat. Selalunya Inash akan berpindah dari 1 hotel ke 1 hotel ikut tempat yang ingin dikunjungi supaya dapat memenuh masa yang sangat terhad dan less penat. Jangan plan terlalu banyak. Just follow the flow while travelling.VISA..Sila mohon VISA bagi negara yang merlukan VISA sebelum anda TRAVEL. Manage 1-2mggu sebelum.
3. SURVEY TEMPAT MAKAN HALAL
Jangan lupa survey tempat yang menarik dan makanan best yang boleh di makan untuk di cuba. If muslim kena cari tempat yang halal utk makan. Otherwise u makan maggi or masak sendiri utk senang cerita. Kalau nak masak korang jangan lupa pilih tempat menginap seperti Homestay. Boleh main masak-masak and feeling2 stay oversea, pergi pasar pilih2 sayur, ayam, roti, pasta etc :p.
4. INSTALL APPS.
Pastikan anda menggunakan android paling minimum untuk memudahkan perjalanan korang. Bukanlah geng-geng android and iphone je boleh TRAVEL. Tapi uols, ini adalah keperluan. Sebab memudahkan perjalanan. Tau? Pastikan anda download maps and juga sekiranya anda ke negara yang menggunakan transport awam lebih murah berbanding teksi, sila download subway @ apps train tersebut sebelum fly...Ataupun UBER @GRAB CAR. Applications ini semua memudahkan perjalanan dari 0 to Hero! Percayalah, korang boleh connect WIFI secara FREE di FREE ZONE WIFI area. Untuk Google, check Map, and every single information in just 1 click. Yes, sangat mudah. Install juga Travel Translator, untuk language selain dari English. Mana tau korang ke Europe, Korea, Jepun, China and etc.
5. TUKAR WANG KEPADA USD
Selalunya, Inash akan tukar wang Ringgit ke Dollar. Sebab, akan ada extra money within exchange rate. So, untung di situ walau sedikit. Tapi nilainya macam banyak juga. Bila tiba sahaja di destinasi, Inash akan cari money changer berdekatan untuk tukar ke note di sana. Pastikan bawa duit lebih untuk sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku.
6. ACTIVEKAN KAD DEBIT/CREDIT UNTUK TRANSAKSI LUAR NEGARA
Sekiranya anda ingin menggunakan kad debit di Luar Negara. Sila activekan sehari sebelum.
Ada 3 cara untuk activekan iaitu
CALL BANK
ATM
ONLINE BANKING
Cari di SETTING dan Activekan
OVERSEAS ATM DEBIT CARD SPEND AND WITHDRAWAL
Sometimes dah active tapi tak berfungsi di sana kelak. Activekan 2-3 kad debit yang anda ada. Paling simple bawa cash. Cuma berhati-hati dengan wang yang anda bawa.
7. ROAMING ATAU BELI PAKEJ DATA
Sama ada anda ingin roaming atau membeli pakej data tempatan bergantung mahal dan kadar data sma ada berbaloi atau tidak. Menggunakan SIM CARD tempatan tidak selalu berbaloi daripada menggunakan ROAMING. Anda perlu memilih tawaran yang murah dan menarik berdasarkan kos ROAMING dan PAKEJ DATA tempatan sehari dan purata kadar keseluruhan hari anda di negara tersebut. Tidak susah mencari SIM CARD untuk PAKEJ DATA tempatan. Cari di mana-mana 7E berdekatan anda selepas anda tiba. Anda boleh minta bantuan staff untuk bantu anda activekan card tersebut. Check terlebih dahulu. Lain negara lain rate.
8. PACK BAJU
Perlu tahu, baju dan kelengkapan harian kita akan membuatkan perjalanan kita terhad. Jadi, bawa barang anda sedikit sahaja. Kelengkapan belilah travel kit. Baju bawa seminimum yang boleh mengikut keperluan. Lihat gambar di atas. Baju anak pun bawa sikit. Kat sana nak membeli lagi baju korang ni pun....
9. CHECK IN PUNCTUAL
Check in 2-4jam sebelum. Pastikan anda tahu kadar trafik dan perjalanan dari tempat anda berada ke AIRPORT supaya anda tidak ketinggalan FLIGHT. Bangkok dan Korea antara destinasi yang memerlukan anda CHECK in 4jam sebelum pulang ke TANAH AIR. Kebarangkalian anda terlepas FLIGHT adalah TINGGI ;p
10. SENYUM AND SAY HELLO
Ini sahaja sedikit Tips Travel dari Inash. Jangan lupa Snap Pic banyak2 untuk dikongsi bersama. Say Hello and Smile to others. Kiranya korang travel disamping bawa nama Malaysia tau. Dan kalau terserempak rakan senegara.. JANGANLAH SOMBONG. Senyum + Say Hi/Assalammualaikum. Murah rezeki uols.
Jumpa lagi di Next Entry. Insyaallah
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
INASH
Post Comment
Post a Comment