Top Social

DELIVERY JOHOR BAHRU ~ SINGAPORE | T&C

RESEPI PAVLOVA RANGUP CANTIK by Cik Puan Inash

Sunday, 7 February 2016
Assalammualaikum w.b.t


Bila dah sarat 7 bulan ni Inash macam-macam nak masak. Hihihi.  Terlebih rajin ke hape tak tau la. Tapi paling suka BAKING DESSERT. Teringin nak buat PAVLOVA. So, Inash try the BEST buat PAVLOVA RANGUP CANTIK. Rangup di luar, Lembut di dalam gituuuu. STEP BY STEP. Senang je pun buatnya.


MINI PAVLOVA

Resepi by : Cik Puan Inash

Bahan-bahan Merigue
4 biji Putih Telur
200g Gula Castor
2sudu besar Tepung Jagung
1sudu kecil Cuka Makan
1 sudu kecil Vanila Essen

Cara-cara : 
Panaskan oven 150c, api atas bawah.


Asingkan 4 biji Putih Telur dengan Kuning Telur. Ambil Putih Telur sahaja.


Putar putih telor sehingga berbuih bnyk speed medium. 
Selepas itu masukan gula castor satu sudu besar demi satu sudu besar untuk gula senang larut.
Nak paling mudah guna gula icing. 
Ulang langkah sehingga habis dan kaup semua gula yg melekat di dinding bowl.


Setelah habis masukkan gula. Teruskan putar adunan dengan medium high speed, sehingga gula larut dan adunan kelihatan glossy dan bertanduk. Test tengok gula larut, rub 2 jari dengan adunan rasa kasar ke tidak. Then, teruskan masuk tepung jagung dan cuka. Putar sehingga sebati


Ambil kertas baking sheet dan tandakan bulat. Inash guna mold cawan aakif je.
Kemudian terbalikkan kertas.
Pastu letak adunan jangan melebihi dari garisan yg telah ditanda tadi. Tepek dengan spatula dan bentukkan bulat seakan mangkuk. Inash terlupa nak buat kawah. Tak kisahlah. hihihi.
Kemudian, masukkan dalam oven, terus turunkan suhu 120c.


Bakarlah antara 1 jam 30min atau lebih. Sehingga Merigue tadi kering dan mengeras.
Bila da masak, biarkan je dalam oven sehingga sejuk.


Apabila da sejuk, letakkan diatas board. Ketuk secara lembut bahagian atas supaya crust nya jatuh ke dalam. Hias dengan cantikkkk. Simpan ke dalam Peti sekejap dan sedia untuk di makan. Yummeh.

P/s : Alatan dan bahan-bahan pastikan kering ya. Jangan ada air setitis pun.

Selamat Mencuba!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca.

INASH
Post Comment
Post a Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature