Hi. Tengok resepi masak-masak kat group masakan, teringin nak memasak. Tengok orang bake Cake. Terliur nak buat. Sudahhhhnya, kena lah rajin ke dapur cuba-cuba resepi baru ke kan. Entry ini pun terhasil dek kerana jiwa meronta-ronta nak tunjuk teror seperti orang lain juga. Mana boleh kalah. hahahah. Kita pun pandai apa?
Okay beli bahan cukup siap. Loyang takde 7" ada 9" tak apa belasah sahaja. Jadi guna lah loyang 9" nipis lah kek jadinya. Hahahah. Janji makan sedap. Shuben bawa bekal ke Ofis. Haaaa. Memang BEST sangat lah tu. Tengok tanganlah kan. ;p
Okay RESEPI seperti di bawah.
CHEESE CAKE
Resepi by : Cik Puan Inash
Bahan-bahan
Untuk Base
100-120gm biskut digestive/oreo ( Inash guna biskut marie je yang ada )
1/4 cup non-dairy whipping cream ( Value Pride )
60gm butter
Untuk Cheese Cake
250gm cream cheese
15-20gm butter
1/4 gula castor
2sdb tepung jagung
2 biji telur gred A
Essen vanilla atau orange
Cara-cara STEP by STEP
Hancurkan biskut masuk dalam plastic seal. Lepas tu haiyakkkk. Dush dush dush. Smash smash smash desyummmm... Dah hancur kita cairkan Butter tadi.
Butter dah cair then tuang ke biskut marie dan gaul rata.
Tuang biskut yang digaul dengan Butter tadi ke dalam loyang dan ratakan macam gambar. Inash ambil sudip lepas tu tekan-tekan sampailah rata cantik. Masuk dalam Fridge.
Okay, siapkan untuk Cheese Cake pula jom.
1/4 cup non-dairy whipping cream. Masukkan dlm bekas dan putar guna mixer smpai kental macam ni. Simpan dalam fridge sebentar sementara sediakan bahan lain. Gambar whipping cream yang dah kental tadi. Nak tau whipping cream kental atau tak, bile mix tu Whipping Cream dah tak berkilat.
Keluarkan cream cheese dan biarkan dalam suhu bilik. So, bila mix nanti cepat kembang.
Mix dulu butter dan cream cheese sampai kembang dalam 5-8 minit.
Dah kembang, masukkan gula. Mix lagi. Macam gambar di atas.
Masukkan 2 biji telur dan essen orange. Kan nak buat ala New York Cheese Cake.
Mix lagi smpai telur kembang.
Masukkan tepung jagung tadi. Dan gaul dengan rata.
Keluarkan Whipping Cream tadi dan mix up dengan bahan cheese secara kaup balik.
Ok dah siap mix semua. Cuba lihat gambar Putih berkilat.
Keluarkan loyang dari dalam Fridge dan tuang adunan Cream Cheese tadi.
Bakar guna kaedah WATER BATH ye. Suhu 160 dan bakar selama 50-60 minit.
TADA!! Dah Siap Di BAKAR
Biarkan sejuk dalam oven selama 5 minit baru keluarkan. Boleh terus potong makan atau masuk ke dalam Fridge. Keluarkan untuk dihidang.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca.
INASH
Post Comment
Post a Comment