­

Top Social

DELIVERY JOHOR BAHRU ~ SINGAPORE | T&C

Khasiat Air Kelapa Muda - Kesihatan dan Kecantikan

Sunday, 14 June 2015
Assalammualaikum w.b.t

Bestkan minum air kelapa muda? Korang suka? Inash suka tau. Haaa. Khasiat nya jangan tak tau pula. Walau anda minum saje-saje pun tak apa. Memang bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Kedua-dua ni Inash titik beratkan untuk kelihatan awet muda. Umur semakin lanjut.


Kesihatan adalah kunci Kecantikan

Terbaca 1 artikel tak ingat di mana, struktur air kelapa dan plasma darah adalah serupa dalam aliran darah manusia. Memang ajaib bukan ciptaan Allah s.w.t.?

Nak tau manfaat daripada air kelapa sekiranya kita minum selama 7 hari? Kenapa 7 hari? Selalunya memang inash minum air kelapa untuk detox badan 3-7 hari. Perlu tahu bahawa air kelapa mengandungi serat yang tinggi yang baik untuk proses pencernaan. Memang kita dapat rasa bila minum air kelapa yang memang rendah lemak, akan mengurangkan nafsu makan sebab bila minum terasa kenyang. Bagus untuk penurunan berat badan.

Tips Kesihatan dan Kecantikan secara TRADISIONAL

Untuk masalah kulit pula seperti JERAWAT, BERMINYAK dan KERING ada tips untuk memiliki kulit lebih bersih dan segar.

Tips : 

Basahkan kapas atau kain dengan air kelapa. Apply di bahagian kulit yang bermasalah. 

Bagi masalah PENCERNAAN

Tips :

Campurkan air kelapa dengan minyak zaitun. Ini adalah untuk membersihkan saluran pencernaan dan parasit usus.

Untuk KULIT CERAH dan PERLINDUNGAN sepanjang hari

Tips :

Segelas air kelapa setiap hari

Hilang TENAGA dengan aktiviti FIZIKAL yang meletihkan

Tips :

Pulihkan tenaga dengan minum air kelapa. Air kelapa akan memberi kesan positif di setiap bahagian tubuh yang letih.


Air Kelapa dapat membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan ketika mengandung. Dengan 1 gelas air kelapa dapat menyeimbangkan elektrolit yang menghindar dari tekanan darah tinggi. Merupakan anti oksidan yang membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh, meningkatkan tenaga dan pengeluaran hormon thyroid, menghindari dari jangkitan dan bakteria serta penurunan berat badan. Ia juga  bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi pesakit buah pinggang dengan membersihkan saluran pundi kencing, membuang toksin/racun dan membanti memecahkan batu buah pinggang secara semula jadi.  Banyakkan manfaat Air Kelapa? 

Selsema?
JOM MINUM AIR KELAPA MUDA!

#tipsbyinash

Terima Kasih kerana sudi membaca

INASH
Post Comment
Post a Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature