­

Top Social

DELIVERY JOHOR BAHRU ~ SINGAPORE | T&C

Momy and kids travel : Independent

Thursday, 13 February 2014
Assalammualaikum w.b.t

Hari ini Inash nak cerita tentang Cuti Raya Cina 2014 minggu lepas. Setiap kali cuti panjang Inash memang selalu ingin isikan masa terluang bersama keluarga tersayang. Maklumlah, rindu tinggal di kejauhan. Sekiranya bukan kerana tuntutan kerja dan sibuk dengan urusan bisnes ini, setiap minggu nak balik jenguk Mak and Ayah. Sambil tu bolehlah jenguk Mertua yang juga rindu cucu-cucunya. Homesick... Jangan tipu korang tak rindu Mak Abah korang Kat kampung. :D

Owh lupa, kali ini tak dapat balik bersama husband. Sebab tuntutan kerja dia, jadi Inash pulang ke Melaka bersama anak-anak sahaja. So, entry ini nak share macam mana Inash handle anak-anak dalam perjalanan dari JB-MELAKA selama 2jam setengah ini. Independently.. Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Inash pulang sendiri bersama-sama anak-anak. Banyak kali. :D


Sebelum bertolak, Inash akan pastikan susu,air,pampers,baby wipes, toys,etc untuk aakif dan aish Ada dekat dengan Inash yang nak drive ni. Nanti senang boleh capai-capai.

Letak di sini senang

 Aakif dan aish Inash pastikan dalam keadaan letih dan haus. Haaa. Ini penting. Aish kena masuk dalam car seat. Aakif pula di sit belakang. Bila nak gerak tu, Inash hulur aakif susu dan Ipad. Haus dan boring,jadi bagi tengok Pororo. Aish pun sama. Halakan aircond kereta kepada mereka berdua.

Nampak susu?Toy?Ngeh..ngeh
Botol,Ipad. Tengok mata?Tak heran dah momy drive kat depan
Entry ni harap-harap dapat bantu momies di luar sana yang tak confident nak travel jauh dengan kiddoz. Kebanyakan momy berdepan dengan masalah ini. Atau menjadikan alasan manja untuk tidak mahu sacrifice a bit untuk quality time sendiri dan anak-anak. Sedikit sebanyak meringankan sikit beban sang suami tu. Yelah, kemahuan yang tak dapat dituruti nanti bakal menjadi masalah besar walaupun sekecil zarah.

Fikir-fikirkan ini, bagi husband and wife yang tinggal berjauhan. Kalau husband busy kerja. Workaholic macam husband Inash. Kerjaan saja. Fengsan I....Tinggal berjauhan (dulu lah). Sekarang Inash dah duduk sekali.Okey, Bila asik kerja, nak jenguk anak atau family ada kenduri @ wedding.

Tak dapat jenguk/attend. Sebabnya, husband kerja. Tapi,awak cuti. Tapi,awak manja. Tapi, awak taknak drive sendiri untuk jumpa husband atau attend kenduri @ wedding.Tapi husband awak rindu awak. Tapi husband awak rindu anak juga. Tapi tak dapat balik sebab kerja. Tapi kenduri pun penting.  Penting hadir untuk eratkan silaturrahim. Jangan Hari Raya sahaja ye.

Mungkin, awak rasa leceh kena handle anak-anak sendiriJangan..jangan.. Awak boleh buat. Awak boleh handle. Kerana awak adalah Ibu,Momy,Emak,Mama atau Umi. So, apa kata awak drive jumpa husband @ attend kenduri/event family segala. Bawa bersama anak-anak. So,anak-anak akan ada aktiviti sentiasa. Tak adalah duduk di rumah sahaja. Dari sini, otak dan minds anak-anak akan berkembang dengan Pantas dan sihat sekali. Jauh berjalan luas pemandangan kan? Tambah juga pengetahuan.

Tengok.tengok.tengah control cantik2 ni. Momy drive
sambil selfie lagi. Okey, jangan amalkan. 
Momy selfie untuk entry ini sahaja ye sambil drive. Don't do this while driving ya. Bahaya oiiii. Sharing untuk mommies yang bermasalah. Please do it, jangan selfish ya. Kadang mesti kedekut untuk keluar duit for your own quality time. Aiyaaa, kerja kuat sikit jangan malas-malas. Solat and sedekah. Buat baik pada orang sekeliling. Insyaallah, rezeki akan datang mencurah-curah. Masa tu jangan la lupa bersyukur. And kongsilah bernama orang tersayang. Jangan la tunggu encik abang beri dan sediakan segalanya untuk kamu.

10 Minit on the road. Aakif and Aish dah tidur. Fuh! Lega momy Inash nak drive. Melaka- Jbey takes    2jam travel. Masa travel ni,momies dengan kids kan. Kurangkan minum. Supaya nanti tak ke toilet. 2 jam travel tak lama. So, minum la semasa sampai ke destinasi. Begitu juga kids and babies. Check on pamper,susu,etc. Avoid from go to toilet di RnR.Why? Yang ini penting momies. Ketahui,robbery and jenayah selalu berlaku di HIGHWAY. Takut-takut ketika anda ke toilet dengan kids, anda telah diperhatikan. If u want to take a brake while travelling, cari tempat yang ramai orang. Actually,avoid pergi toilet Station Minyak. 

Aish tidur 
Aakif pun dah tidur.
See,tak sudah bila nak buat kids tidur. Yang penting kena expert with their behavior. Pastikan kids PENAT,HAUS dan PANAS. It will turn to this,10 Minutes in car. Hati-hati ketika memandu momies. Anda sedang membawa nyawa-nyawa untuk di jaga. Lakukan dengan penuh cekal dan tawakal okey. 

Bagi momies yang tinggal berjauhan dengan husband, and tinggal pula dengan keluarga( ibu dan ayah tercinta). Ingat, masa anda dengan keluarga anda sudah mencukupi. Tiada salah pun berdikari bawa anak-anak pulang menjenguk sang suami yang menunggu,merindui anda dan anak-anak anda setiap saat. Jangan tunggu hubby every week datang jenguk anda. Nampak sangat selfish and keras kepalanya. Give and take lah sayang oii. Awak Je nak lebih. Sebulan sekali tak salah. Inash dulu selang week jumpa husband. Kita orang selang-selang. :D

Tengok. Jem. Jem. Jem
Sebab kan Chinese New Year, jalan Jem... Krik..Krik.. So,masa travel akan semakin panjang. Hahaha. Great!! Kids mesti bangun early dari target momy. Macam mana? Ok, Plan B. Ambil lorong kecemasan. Yang ini hanya boleh diterima pakai ketika musim CUTI  SEKOLAH n PERAYAAN. Time lain jangan praktikkan ye. Bawa kids travel timing is important. Kena pandai handle. Jangan panic,jangan panic. Bila panic, kids will double panic. And you will enter PANIC ROOM. Ngeh..Ngeh.. Bila dah masuk zone panic memang payah sikit nak handle. Momies kena cool ya. Each second. 

Bila ambil lane kecemasan. Sila pastikan anda tidak keseorangan. Means, Depan and belakang Ada cars. Slowly ikut sahaja. Once kereta depan masuk lane kanan. Automatik ikut. Kena ikut u...sometimes POLIS di hadapan. At back pun kena check, once Ada lighting POLIS. Quickly switch to right lane. Jangan terhegeh-hegeh eeee. Nanti kena saman. ;)

Boy dah bangun...........
Kalau kids bangun. Nak buat macam mane? 1stly, hulur susu. Kids nak tak? Sometimes, dia ambil and tidur semula. Yang tak tidur semula macam mana? Ambil IPad tadi and buka kartoon. Aakif suka 'PINGU'. Jadi, akan leka di situ. Teruskan perjalanan denga tenang semula. Tanpa gangguan and bunyi-bunyian. Bila Aakif terra gun semula... Yang ni maksudnya dia akan bangun Je terus, terpaksa ajak Aakif sing ikut lagu di radio. Mengelak dari rengekan Aakif yang sangat memedikhkan telinga.

Aish pun dah bangun. T-T
Aish pun dah bangun,. Jadi, Inash bagi toy. Ini adalah talian hayat Inash. Sambil menyanyi, bagi Aish main toy, bagi susu, agah-agah sikit, main cak-cak,etc. Tak susah uols. Kids u, mesti uols reti handle kan.

So, tak ada lagi alasan murahan kids susah nak handle. Master behavior mereka. Semuanya akan ok. Tak tahulah yang anak Emak. Nak travel atau mana-mana Emak nak escort. Independent sikit la u. Dah besar panjang and dah Jadi momies. Handle sendiri kids u, jangan susahkan emak. Emak dah penat dulu jaga awak adik-beradik. Tak perlu manja lagi. Feel the hard of momies life. Sangat mencabar. Can do it momies. No doubt.

Ini kisah Inash dulu la. I'm not born with a golden spoon. Dari kecil memang di asuh berdikari dalam semua hal. Umur baru 12 tahun, Inash dah pandai masak u. Jangan pelik. Mak Inash bukan suri rumah macam emak orang lain. Kadang-kadang balik dah penat. Kerja jabatan audit negeri. Hari-hari nak kene audit orang. Ayah pun sama. Kerja pagi,petang,siang,malam. Kerja keras zaman muda-muda cari rezeki lebih untuk kami sekeluarga, Kerja ada shift,tu yang pagi petang siang malam tu.Hihihi. Dulu hospital kerajaan penuh sebab tak ada poliklinik. Jadi kerja Ayah banyak.

So, anak-anak bermain dengan pemantauan kakak yang seorang. Kakak pun bukan umur dewasa sangat. Tua 4 tahun je. Dulu-dulu tak ada penculik. Tak ada Jenayah berat-berat macam sekarang. Kakak jaga dah ok. Inash tukang masak. Dah steady umur baru 12 tahun. Jadi kamilah jaga sendiri-sendiri. Lagipun, jiran sebelah makcik kami ada kalau ape-ape masalah. Inash dah biasa buat apa-apa sendiri. Tak payah nak tunggu Emak,ayah,husband,kakak,adik etc.

Travel safely momies. Safety first okey. Jangan selfie semasa drive. Kita membawa nyawa. Pesanan Inash, INGATLAH ORANG TERSAYANG. Jaga hati, jaga badan, jaga diri u. Stay fit,healthy and beauty!! Jumpa lagi next entry.. OWh, Inash travel untuk this day, 3 hours and a half.Lame sikit kan Jem. Nak sampai rumah dalam 5min baru budak meragam.. Selamat I .....

Terima kasih kerana sudi membaca.

INASH 
Post Comment
Post a Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature