Assalammualaikum w.b.t
CUTI-CUTI MALAYSIA
Cuti sekolah jalan ke mana? Jauh tak berjalan?Dengan siapa? Hamboi hakak.manyak tanya pula nak sibuk hal orang. Nak share 1 tempat singgah makan di Kuantan yang memang ramai pun telah kunjungi. Inash pun nak share juga lah.
Dia demam. Jadi kita drive |
Sebelum tu, bukan tujuan ke Kuantan semenanya. Tapi nak ke Kelantan semenanya. Jauh yang amat Kelantan tu jadi mencari tempat persinggahan semalam di Kuantan. So, kita check in di HOTEL ROCANA semalam. Hotel nicterletak berdekatan dengan Shopping Mall. Hotel memang tiptop cantik puas hati. Tapi tak kesempatan ambil gambar dalaman.
Nampak tah Sign ROCANA. Kesian Blurr |
Dapat Corner Lot lagi. Puas tengok BAndar Kuantan |
Ke mana kita nak makan malam ni. Puas google keluar benda yang sama. ' KETAM GORENG TELUR MASIN . Hmm. Telur Itik tu sedap kedengarannya. Yang oren tu yang lemak krim tu.Pekat likat.
Nak pergi kat mana? MARINA TOMYAM SEAFOOD di TANJUNG LUMPUR malam nanti. Bersiap dengan MAPS sebab tidak ketahuan jalannya. Senang sahaja perjalanan ke.Tanjung Lumpur dari Bandar Kuantan. Lurus and make a UTURN. Nanti jumpalah kiri dan kanan banyak RESTORAN SEAFOOD.
Inash pilih 3 jenis makanan yang UTAMA. Siakap STIM, Lala pedas dan Ketam goreng telur masin ( ketam 3 ekor ). Nasi pula 2 orang makan. Air pula kita order air carrot susu, teh ais dan teh o ais. Overall yang Siakap Stim biasa sahaja. Lala pedas pun biasa juga. But KETAM GORENG TELUR MASIN tu yang SPECIAL.
Siakap Stim |
Lala Pedas |
MENU UTAMA : Ketam goreng telur masin. |
Okay la not bad taste dia. Totally bill semua di atas RM 111.00
So, siapa nak TRY? Jom la..
Terima Kasih kerana sudi membaca
INASH
Post Comment
Post a Comment