Assalammualaikum w.b.t
Salam Ramadhan untuk semua! Inash nak share Tips memilih Buah Tembikai @ WaterMelon. Yummehhh! Round2 shopping barang dapur di #tesco #tescocheng , suddenly ternampak mokcik tolak 2 troli penuh TEMBIKAI. Aiyoooo! Murah ke? Borong banyak nampak mokcik..Muahahahah.. Okay, Inash pun berpusu-pusu ke tempat kejadian. Memang banyak TEMBIKAI. Wahhhh! Bestnya dapat buka puasa dengan buah or blend jadi jus. Harga RM 0.99 that day. Murah juga tu kan??? Nak beli. Ok. This is the hardest part. Macam mana nak pilih buah Tembikai yang merah dan elok di dalam.
Murahhhhh |
* Orang sebelah belek-belek, lepas tu tepuk-tepuk keliling, lepas tu letak. Test 2,3 biji Tembikai cara yang sama, lepas tu jalan.
* Datang pakcik, tengok-tengok tembikai..tepuk-tepuk sana sini. Rasa macam berpengalaman. Lepas tu gelak and tanya tokey Tembikai "Bos, mana yang cantik dan manis"
* Makcik belek-belek Tembikai, tepuk-tepuk sekali dua, terus masuk troli.
* Laki bini tak tau pilih tembikai, perhati orang tepuk-tepuk, belek-belek, ketawa.Lepas tu mulalah testing buat sendiri. Last terbeli yang dah pecah kat dalam.
Info tentang Tembikai : Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.
Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
JANTAN ATAU BETINA
Dari yang Inash tahu. Baca punya baca, tembikai ada Jantan & Betina. Macam mana nak beza? Yang Betina lebih besar dari Jantan. Bila kita lihat pada jalur yang ada pada Tembikai, jalur lebih kecil adalah Tembikai Jantan, manakala jalur yang lebih lebar adalah Tembikai Betina. Kenapa penting kenal Jantan & Betina? Kerana MANISnya. Tembikai Betina lebih manis dan kurang biji dan Tembikai Jantan sebaliknya. Ada info tentang cara lain di bawah.
CARA-CARA LAIN YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI :
1. Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin
2. Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya
3 .Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah
4. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air. Warna buahnya hijau yang menarik dan bentuk buahnya sekata kiri dan kanan (simetri)
5. Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih
6. Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.
Sharing is Caring. Nanti uols pilih ikut cara ni tau. Boleh la berbuka puasa dengan Buah Tembikai Yang Manis sangat!! Jangan lupa plain water segelas untuk bilasan. :D
#pelangicikpuaninash #injectionvitc #skinwhitening #skincare #oxygencell #satinskinz #radiance #ninaskincare #kcolly #kwhite38 #glutafrosta #heightup #johorbahru #singapore
Add Fb : http://www.facebook.com/msinashbeautyshopp
LIKE PAGE : http://www.facebook.com/msinashbeautyshoppe
https://www.facebook.com/BodybleachingIbuputihNinaskincare
Follow instag : pelangicikpuaninash atau ibuputihninaskincare
We chat : n_inash04 Whatsapp : 0127908511
Email : fienaz04@gmail.com
JOM FOLLOW!!!
Terima Kasih kerana sudi membaca.INASH
Post Comment
Post a Comment