Assalammualaikum w.b.t
Selalunya bila ada jerawat, dark spot, jeragat or else problem yang membuatkan kita semua rungsing atau tidak selesa dengan kemunculannya secara tiba-tiba atau mendadak, sudah pasti kita akan tercari-cari solution or information tentang tips-tips bagi permasalahan ini. Inash akan kongsikan salah satu cara yang simple. Bahan-bahan dah tentu sedia ada di rumah. Ini adalah kaedah semula jadi di mana kita tidak memerlukan lagi krim kecantikan bagi menyelesaikan masalah-masalah terbabit.
Bahan- bahan :
Soda Bikarbonat
Mineral Water
Cara-cara penyediaan :
1. ½ sudu teh baking soda dan ½ sudu teh air suling.
2. Campurkan kedua-dua bahan bersama-sama dalam mangkuk kecil. Basuh dahulu muka anda bagi mengeluarkan kotoran solekan atau sebagainya
3. Sapukan campuran pada kawasan bermasalah dan biarkan di sana selama kira-kira lima minit.
4. Bilas dengan air dan itu sahaja! Ulang setiap malam bagi hasil yang memuaskan hati anda
'TIADA KOS DIPERLUKAN SEKIRANYA ANDA MENYELINAP DI DAPUR RUMAH IBU ANDA DEMI SESUDU BAKING SODA. IA ADALAH KOS TERSEMBUNYI :D'
INASH
Post Comment
Post a Comment