Assalammualaikum w.b.t
Jeragat..Tidak!! Masalah besar ni. Wohoo!. Jeragat degil tau. Susah nak hilang @ pudar kalau sudah naik. Kali ini Inash bagi tips. Bukan Jual barang. No.. No.. No.. Berehat sebentar. Siapa Ada jeragat?? Rasa susahkan nak hilangkan jeragat ni? Betol tau. Susah... Apa itu jeragat.... Roll vityyyy.... Macam melodi pula.. Eh, dah lama kan tak buat entry.. Alah. Bz la uols.. So, nak back up dengan entry Kelass!!! Kalau Kelas kau Inash la :)
Jeragat..Tidak!! Masalah besar ni. Wohoo!. Jeragat degil tau. Susah nak hilang @ pudar kalau sudah naik. Kali ini Inash bagi tips. Bukan Jual barang. No.. No.. No.. Berehat sebentar. Siapa Ada jeragat?? Rasa susahkan nak hilangkan jeragat ni? Betol tau. Susah... Apa itu jeragat.... Roll vityyyy.... Macam melodi pula.. Eh, dah lama kan tak buat entry.. Alah. Bz la uols.. So, nak back up dengan entry Kelass!!! Kalau Kelas kau Inash la :)
Tips untuk hilangkan jeragat
Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan
Jeragat boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag. Seborrhoeic keratoses ialah timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup pada kulit. Melasme pula tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit. Skin Tag ialah daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher. Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.
Penyebabnya:
1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur(stress).
4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.
5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.
Rawatan Tradisional
Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.
Pengambilan vitamin juga membantu dalam mengurangkan masalah jeragat
Vitamin B complex : ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat/jeragat akan mudah terhasil.
Vitamin C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.
Vitamin E : terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.
Protien : sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.
Air ; sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.
Mesti jaga kulit muka supaya tak naik jeragat ni.So, kulit nampak muda remaja nanti. Jaga tau. Tak susah. Ambil yang mudah. Rajin-rajin ya, jangan abaikan petua warisan kita. Walaupun khazanah, tapi bernilai. Rugilah kita kalau membazirkan petua @ ilmu yang ada. One more thing,dipercayai semua jenis kosmetik brand mahal-mahal pun adalah penyebab JERAGAT....ohooo..kecuali.. Product CLINIQUE.. Mahal tak apa.Yang penting selamat. Okey,cepat nagis!!!Mahal u..Kerja kuat sikit ya :D
Nak kulit bersih macam ni kan??? Sila berangan kalau tak rajin amalkan penjagaan kulit muka ;D |
Untuk mengelakkan jerawat/jeragat, jangan abaikan step ini sekiranya anda memang Ratu Make Up. Nak makeup cantik-cantik amalkan step ini. Selepas cuci muka,lapiskan kulit anda dengan sunblock,vitamin c atau serum collagen. Selepas itu barulah make up macam biasa. Ingat,jangan abaikan step ini sekiranya nak kulit maintain cantik without jeragat.
Tak cukup masa untuk petua-petua seperti ini?? Jom fikir kan ini. Sumber kehidupan yang terpenting dalam hidup kita adalah MASA, tidak kira siapa pun kita ( Raja,Vvip,Artis atau Insan Biasa ). Ingatlah, MASA kita adalah sama. Apa yang akan kita perolehi di masa akan datang adalah bagaimana kita menguruskan MASA kita sekarang.
Entry selepas ini tentang menghilangkan jeragat. Tunggu tau. Nanti Inash tunjuk cream yang perlu. Inash tak jual. Untuk share sahaja. Benda baikkan. Jaga hati,jaga badan dan Jaga diri uols. Senyum selalu. :D
Terima Kasih kerana sudi membaca.
INASH
Post Comment
Post a Comment