Top Social

DELIVERY JOHOR BAHRU ~ SINGAPORE | T&C

Aidiladha dari kejauhan. Jom masak RENDANG

Wednesday, 16 October 2013
Asslammualaikum w.b.t

Balik kampung tak tahun ni sempena AIDILADHA? Inash tak balik. Cuti sehari je tak cun dah cuti tahun ni. Tahun ini tahun ke 2 tak balik kampung untuk AIDILADHA. Tahun lepas pun sama, tak balik sebab holiday tak ingat ke Jepun. Kuang 3x. Pun sama juga. Tahun lepas dan tahun ini, bezanya tahun lepas sambut dengan kawan-kawan and makan rendang juga okey!! Jauh-jauh pun kami makan rendang. bawak can-can dari Malaysia la. Semua adalah makanan dalam tin. Kari, Rendang. Asam Pedas, Serunding, Nasi impit. Penuh makanan je satu beg besar kami bawa. Sebenarnya, bawa tu untuk kawan yang memang tengah study kat sana. Tapi kami yang habiskan juga. Hahahaha.

Ok. tahun ni tak pula ber'oversea'. Tapi jauh juga. Inash orang Melaka. Tinggal di Jbey. Jauh perjalanan dalam 2jam. Disebabkan husband takde cuti yang banyak. Maka, kami tak balik lagi beraya tahun ni. Raya haji je haaa... Raya Aidilfitri kena balik. Tu paling meriah tu. Bila tak balik ni, kenalah masak rendang sendiri. Omg!! Tradisional punya ye. Bukan can-can. Teruslah meng'Google' resepi dengan pantas! Sebabnya buat rendang ni berjam juga. Ayam seekor pun berjam juga tak? Hentam je lah asal jadi.

Tengah Google2.. Mak pun telepon. Tanye balik ke tidak. Kihkihkih. Dengan jawapan segan silu. 'Tak balik la mak, cuti sehari kena kerja lepas tu'. Jujur babe. Sambil tu tanya resepi. Okey resepi dalam google ni sama je dengan resepi mak Inash. Cuma ada 2 barang yang mak Inash tak guna. Asam keping dan daun limau. Korang guna tak??Ops lupa. serbuk perasa pun tak guna sebab memang tak diajar guna. Kira2 macam perasan sedap2 je la everytime masakan tu. Hello, percaya pada diri n tangan uols ya. Say no no no tu MSG..

Tada!! Rendang yang dah siap. abaikan yg comot2 tu ye.
Ade nak resepi tak? Nak share ni. kalau nak la. ;P. Jom tengok bahan-bahan yuk! Rasa rendang ni super like my mom's cooks.






Bahan mentah
1 kilo ayam
1 1/2  biji kelapa buat santan
2 sudu besar kerisik
garam secukupnya
daun kunyit dihiris
gula@ganti madu

Bahan kisar
8 biji bawang merah kecik-kecik 
3 biji bawang putih
3 batang serai
1 inci halia 
20-40 biji cili padi
2 helai daun kunyit - hiris
2 inci lengkuas
4 inci kunyit


Bahan-bahan yang dikisar dan kerisik dicampur dengan ayam dalam kuali

Cara masak rendang ...
Kisar semua bahan-bahan yang ingin dikisar. 
Panaskan kuali. 
Masukkan ayam,bahan kisar dan kerisik ke dalam kuali tanpa minyak.
Gaul rata dan masak sehingga keluar air dan masak hingga kering.
Tambah santan dan gaul rata. 
Tutup dan tunggu sehingga kering. 
Masukkan daun kunyit,gula@madu,garam. 
Gaul dan bila kering sedia untuk dihidang.


Itu sahaja. Adalah nak kene tunggu 2-3 jam nak siapkan rendang ayam ni. Okay, belilah ayam yang fresh tau. Simpan ayam dalam freezer cepat-cepat kalau tak nak masak lagi. Jangan makan atau masak kalau ayam dah berbau. Jangan makan kalau dah biarkan ayam pada suhu biasa lebih dari 2 jam ke atas. Sediakan makanan dengan tempoh masak yang cukup. Tips untuk mengelak bakteria salmonela dalam ayam merebak seterusnya memudaratkan kita yang makan ayam tadi. Jumpa lagi di entry yang lain ;) Salam Aidiladha semua. Hayatilah erti Korban yang sebenar. Bukan makan ayam je tau.

Terima kasih kerana sudi membaca

Inash



Post Comment
Post a Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature